Minda Perkasa

Blog ini menjadi platform khas mempertemu para pendakwah muda yang menjadi penganjur & peserta untuk konvensyen yang akan diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

" Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya. Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai tertarik padanya. Tetapi, hakikat perjuangan bukan begitu. Turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula. Andai terluka, ingatlah janjiNya. Salam Wehdah'09!"


Khas daripada:
Ahli Jawatankuasa Pelaksana & Urusetia,
Konvensyen Pendakwah Muda Nasional,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kalam Mahmudah Sahaja

Kami Taat Ayat-ayatmu Ya Allah

Kami mengikuti Sunnahmu Ya Rasulullah

Sunday, December 6, 2009

PAHATAN INDAH "WEHDAH 09"

Wednesday, December 2, 2009

Tibanya detik terakhir WEHDAH '09

Tanggal 25 November 2009,maka berakhirlah detik-detik indah dan penuh bermakna WEHDAH' 09. Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi dengan sesi rumusan untuk pembentangan resolusi keseluruhan, Kemudian disambung dengan pengisian terakhir WEHDAH '09 untuk peserta iaitu WACANA KHAS daripada Ust.Shah Kirit Kalkulal Govindji, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). Aktiviti disusuli pula dengan Majlis Perasmian Penutup WEHDAH '09 dan penyampaian cenderamata kepada IPT-IPT terlibat.

WACANA KHAS


'Cabaran Missionary Kristian di Malaysia'
Penyampaian mantap
Ust. Shah Kirit Kalkulal Govindji
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)

Tekun para peserta mendengar pengisian terakhir WACANA KHAS


MAJLIS PERASMIAN PENUTUP ''WEHDAH '09''

Majlis Penutup


Bacaan ayat suci Al- Quran



Penyampaian cenderamata kepada wakil-wakil IPT








Jutaan terima kasih dan jazakillah kepada semua peserta-peserta dari IPT-IPT dan kolej komuniti yang sudi hadir menjayakan Konvensyen Pendakwah Muda Nasional (WEHDAH '09)..tidak dilupakan kepada semua para pegawai, ahli jawatankuasa dan para urusetia yang telah bersusah payah dan bertungkus lumus dalam menjayakan konvesyen ini. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua terlibat. Moga Allah merahmati usaha dan kerja-kerja kita semua..Insyallah.

Monday, November 30, 2009

Hari Kedua WEHDAH '09

Hari Kedua WEHDAH '09 aktiviti bermula dengan sesi ESQ 165 daripada ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. Kemudian disambung pula dengan Bengkel 1 yang bertemakan sikap sosial dari Wacana 1 dan Wacana 2. Bengkel 2 bersambung selepas zohor yang melibatkan sesi pembentangan hasil bengkel 1. Aktiviti disusuli pula dengan Mesyuarat dan Perbincangan khusus bersama wakil-wakil IPT. Aktiviti berakhir dengan Bengkel 3 melalui perkongsian dan pengalaman aktivit dakwah mengikut ipt masing-masing.

Bengkel 1
Aksi para Peserta





Bengkel 2
Ragam para peserta




Perkongsian Pengalaman Aktiviti Dakwah antara IPT

Mantap Perbentangan daripada wakil-wakil IPT


Friday, November 27, 2009

Resolusi Wehdah'09

RESOLUSI WEHDAH’ 09

Konvensyen Pendakwah Muda Peringkat Kebangsaan 2009 (WEHDAH’09)


Anjuran Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia USIM (SPMM)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Dengan Kerjasama
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia


Tarikh : 25 November 2009 / 8 Zulhijjah 1430 H
Tempat : Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Tema : “Generasi Muda Menjana Transformasi Ummah”

i. SPMM berusaha untuk menjadi badan utama dan wadah dalam menyatukan generasi muda Islam untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan dalam meninggikan syiar Islam

ii. SPMM akan berusaha untuk menjadi qudwah kepada organisasi lain dan juga institusi pengajian tinggi dalam pengislahan masyarakat dan dakwah.

iii. Memberi penekanan terhadap tarbiyah Islamiah dan pembangunan sumber manusia dalam mempersiapkan diri mahasiswa bagi menjana transformasi ke arah tertegaknya syariat di Malaysia.

iv. Melebarkan jaringan SPMM ke seluruh Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia seterusnya menjalinkan kerjasama antara wakil SPMM dari seluruh kampus, kerajaan dan badan-badan NGO untuk memberikan gambaran dan maklumat sebenar berkaitan isu, cabaran dan realiti sebenar keadaan masyarakat serta hubungkait dengan keperluan untuk berdakwah terutama kepada golongan generasi muda.

v. Menjadikan SPMM sebagai badan utama untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dakwah di kampus di samping mengadakan hubungan baik terutamanya pihak pentadbiran universiti dan juga syarikat atau badan-badan agar cenderung untuk membantu usaha dan gerakan dakwah.

vi. Memperkasakan penggunaan teknologi terkini dalam apa jua cabang termoden termasuk penggunaan teknologi maklumat dalam perlaksanaan dakwah dan islah.

vii. Melaksanakan usaha melebarkan kefahaman berkaitan dakwah secara kontemporari dan diperluaskan terutama melalui media cetak dan media elektronik untuk menerapkan fikrah Islam di alam kampus

viii. Program-program berunsurkan Islam diwujudkan untuk mahasiswa dalam bidang profesional agar mahasiswa dalam bidang tersebut turut mahir dalam hal ehwal keagamaan begitu juga mahasiswa jurusan agama sepatutnya mendapat pendedahan dalam bidang profesional.

ix. Perlaksanaan dakwah oleh mahasiswa dalam menyahut seruan 1Malaysia bukan hanya tertumpu kepada orang islam sahaja, tetapi juga kepada golongan yang bukan islam tanpa mengira status dan agama.

Jika anda mahu dalam bentuk sof copy , klik sini

Thursday, November 26, 2009

Kertas kerja Wacana 1 & 2

Salam Wehdah'09!

Disini kami telah upload kertas kerja pembentang untuk bacaan dan rujukan.

WACANA 1 -Tema : "Sikap sosial"


Wacana 1 , Sidang Pleno 1 - Ustaz Muhd Kamil [klik sini]

Wacana 1 , Sidang Pleno 1 - Ustaz Hasnan Kasan [klik sini]

Wacana 1, Sidang Pleno 1 - Ir Dr Muhamad Fuad Abdullah [klik sini]

Wacana 1 , Sidang Pleno 2 - Ustaz Kamarul Zaman B Noor Mohamed [klik sini]

Wacana 1 , Sidang Pleno 2 - Pn. Rosmawati Zainal [klik sini]

Wacana 1 , Sidang Pleno 2 - Ustaz Abd Haris B Bain [klik sini]


WACANA 2 - Tema : "Strategi dakwah"


Wacana 2, Sidang Pleno 1 - Xifu Naser [klik sini]

Wacana 2, Sidang Pleno 1 - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi [klik sini]

Wacana 2, Sidang Pleno 1 - Ustaz Rumaizuddin Gazali [klik sini]

Wacana 2, Sidang Pleno 2 - Ustaz Kamal Azhari [klik sini]



**Kami dengan rendah diri memohon sejuta kemaafan kerana tidak dapat upload dua kertas kerja iaitu bagi wacana 2 sidang pleno 2 atas sebab - sebab yang tidak dapat dielakkan**

Monday, November 23, 2009

Berlalunya Hari Pertama WEHDAH '09

Alhamdulilah, usai sudah hari pertama "Konvensyen Pendakwah Muda Nasional,WEHDAH 09". Seperti yang telah dirancangkan hari pertama Program WEHDAH '09 dimulakan dengan Ucaptama, kemudian disusuli pula dengan WACANA 1 dan WACANA 2. Seterusnya atucara program berakhir dengan aktiviti forum pada malam hari.

Dengan izin Allah semua aktivi berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan, walaupun timbul beberapa masalah kecil namun semuanya dapat diatasi dengan baik. diatas kerjasama,komitmen dan usaha semua ahli jawatankuasa bersama-sama urusetia yang saling berganding bahu dan tolong-menolong di antara satu sama lain, tanpa mengira unit bagi menjayakan program WEHDAH '09..diharapkan semangat ini dapat ditingkatkan untuk kelancaran perjalanan aktiviti-aktiviti program untuk hari seterusnya.. Bak kata En Syafful selaku penasihat program"Kekalkan momentum anda semua hingga hari terakhir... :-)"

Diharapkan semua unit dapat terus saling berkerjasama dan memberikan bagi menjayakan keseluruhan program WEHDAH '09..insyallah..

1-Ucaptama Konvesyen Pendakwah Muda Malaysia WEHDAH '09

Ucaptama Konvesyen Pendakwah Muda Malaysia WEHDAH '09
Oleh :Dr Mohd Farid Bin Mohd Shahran
Timbalan Dekan, Fakulti Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, UIAM


Antara peserta muslimin yang hadir dari IPT dan Kolej-Kolej Komuniti seluruh Malaysia



Peserta -peserta muslimat yang Hadir

2- WACANA 1
Tema : Sikap Sosial

Wacana 2
Sidang Pleno 1 di DKP 3

Wacana 1
Sidang Pleno 2, DKP 4

Penyampaian cenderamata kepada ahli panel.

WACANA 2
Tema 2 : Strategi dakwah


Wacana 2
Sidang Pleno2 di DKP3

Penyerahan cenderamata di DKP 3

Wacana 2
Sidang Pleno 2 di DKP4

Penyerahan cenderamata kepada ahli-ahli panel DKP 4

4-FORUM
"GENERASI MUDA MENJANA TRANSFORMASI UMMAH
"

Forum-bersama Ahli-ahli panel

Barisan peserta dari IPT dalam sesi soal jawab

Penghargaan daripada pihak Sekretariat kepada para ahli panel jemputan.


5- PERSEMBAHAN NASYID
Mengakhiri majlis


Persembahan menarik dari kumpulan Da'i

Disebalik Tabir.....


Disebalik Tabir Konvesyen Pendakwah Muda Malaysia (WEHDAH '09)

Bermula awal dua minggu daripada konvensyen yang bakal berlangsung, semua ahli jawatankuasa dan urusetia peserta bergabung untuk menggembeleng tenaga bagi menjayakan program yang julung kalinya diadakan.


antara persiapan awal para ahli jawatankuasa dan urusetia bagi menjayakan majlis

Rehearsal berulang kali bagi memastikan flow majlis berjalan lancar

Unit jamuan menyediakan makanan para urusetia

Kebersihan tanggungjawab bersama

Penyedian gerai dan juga makanan

Persiapan dewan

Semua ajk dan urusetia saling bantu membantu tanpa mengira unit

Perancangan dan penyusunan layout tempat


Pemasangan banting dan banner


Penyediaan beg cenderamata

Semua ahli jawatankuasa dan urusetia WEHDAH '09 bertungkus lumus menguruskan segala persiapan bagi menjayakan Kovensyen Pendakwah Muda Nasional (WEHDAH '09)