Minda Perkasa

Blog ini menjadi platform khas mempertemu para pendakwah muda yang menjadi penganjur & peserta untuk konvensyen yang akan diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

" Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya. Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai tertarik padanya. Tetapi, hakikat perjuangan bukan begitu. Turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula. Andai terluka, ingatlah janjiNya. Salam Wehdah'09!"


Khas daripada:
Ahli Jawatankuasa Pelaksana & Urusetia,
Konvensyen Pendakwah Muda Nasional,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kalam Mahmudah Sahaja

Kami Taat Ayat-ayatmu Ya Allah

Kami mengikuti Sunnahmu Ya Rasulullah

Wednesday, December 2, 2009

Tibanya detik terakhir WEHDAH '09

Tanggal 25 November 2009,maka berakhirlah detik-detik indah dan penuh bermakna WEHDAH' 09. Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi dengan sesi rumusan untuk pembentangan resolusi keseluruhan, Kemudian disambung dengan pengisian terakhir WEHDAH '09 untuk peserta iaitu WACANA KHAS daripada Ust.Shah Kirit Kalkulal Govindji, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). Aktiviti disusuli pula dengan Majlis Perasmian Penutup WEHDAH '09 dan penyampaian cenderamata kepada IPT-IPT terlibat.

WACANA KHAS


'Cabaran Missionary Kristian di Malaysia'
Penyampaian mantap
Ust. Shah Kirit Kalkulal Govindji
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)

Tekun para peserta mendengar pengisian terakhir WACANA KHAS


MAJLIS PERASMIAN PENUTUP ''WEHDAH '09''

Majlis Penutup


Bacaan ayat suci Al- Quran



Penyampaian cenderamata kepada wakil-wakil IPT








Jutaan terima kasih dan jazakillah kepada semua peserta-peserta dari IPT-IPT dan kolej komuniti yang sudi hadir menjayakan Konvensyen Pendakwah Muda Nasional (WEHDAH '09)..tidak dilupakan kepada semua para pegawai, ahli jawatankuasa dan para urusetia yang telah bersusah payah dan bertungkus lumus dalam menjayakan konvesyen ini. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua terlibat. Moga Allah merahmati usaha dan kerja-kerja kita semua..Insyallah.

0 comments: