Minda Perkasa

Blog ini menjadi platform khas mempertemu para pendakwah muda yang menjadi penganjur & peserta untuk konvensyen yang akan diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

" Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya. Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai tertarik padanya. Tetapi, hakikat perjuangan bukan begitu. Turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula. Andai terluka, ingatlah janjiNya. Salam Wehdah'09!"


Khas daripada:
Ahli Jawatankuasa Pelaksana & Urusetia,
Konvensyen Pendakwah Muda Nasional,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kalam Mahmudah Sahaja

Kami Taat Ayat-ayatmu Ya Allah

Kami mengikuti Sunnahmu Ya Rasulullah

Tuesday, September 15, 2009

Di sini kita bermula...

Konvensyen Pendakwah Muda Malaysia Peringkat Kebangsaan

1. LATAR BELAKANG

i. Cabaran dan pendekatan dakwah terutama kepada golongan generasi muda memerlukan satu trasformasi dan anjakan paradigma yang begitu berbeza sekali. Dalam dunia yang semakin terbuka dalam era globalisasi ini cabaran untuk mengekalkan jati diri dan cara hidup yang berlandaskan ajaran suci Islam begitu hebat sekali.

ii. Dalam Konvensyen Pendakwah Muda yang telah dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2006 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DEKTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia telah membawa penubuhan Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM).

iii. Sebagai satu langkah kesinambungan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) mengambil langkah pro-aktif berhasrat menganjurkan Program Konvensyen Pendakwah Muda Malaysia 2009.

2. OBJEKTIF

i. Memberikan gambaran dan maklumat sebenar berkaitan isu, cabaran dan realitti sebenar keadaan masyarakat serta hubungkait dengan keperluan untuk berdakwah terutama kepada golongan generasi muda.

ii. Menyatukan generasi muda Islam untuk bertukar-tukar pendapat, cadangan dan resolusi bernas yang dapat meninggikan syiar Islam seterusnya membawa trasformasi kaedah dan cara dalam gerakan dakwah agar bersesuaian dengan golongan generasi muda.

iii. Mengumpulkan idea-idea cadangan-cadangan yang baik dalam menentukan hala tuju dan peranan golongan generasi muda yang sebenar dalam masyarakat terutama dalam mencari jalan yang terbaik melaksanakan usaha dakwah.

iv. Memperkukuhkan jaringan hubungan baik di kalangan organisasi dakwah dan intelektual muda di Malaysia untuk bertindak secara kolektif dalam menangani isu-isu nasional mahupun antarabangsa.

3. PENYERTAAN
IPTA/S, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia


4. YURAN
Tiada yuran dikenakan.

5. Tarikh / Tempat
23-25 November 2009 di Kampus USIM

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada :

Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM),
Universiti Sains Islam Malaysia,
Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Email :

kpmk09@gmail.com

URL :

http://pendakwahmuda.blogspot.com/

http://kpmk09.blogspot.com

0 comments: