Minda Perkasa

Blog ini menjadi platform khas mempertemu para pendakwah muda yang menjadi penganjur & peserta untuk konvensyen yang akan diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

" Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya. Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai tertarik padanya. Tetapi, hakikat perjuangan bukan begitu. Turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula. Andai terluka, ingatlah janjiNya. Salam Wehdah'09!"


Khas daripada:
Ahli Jawatankuasa Pelaksana & Urusetia,
Konvensyen Pendakwah Muda Nasional,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kalam Mahmudah Sahaja

Kami Taat Ayat-ayatmu Ya Allah

Kami mengikuti Sunnahmu Ya Rasulullah

Monday, September 21, 2009

Gerak kerja Semasa & akan datang

Menyedari kekangan masa yang akan berlaku selepas cuti hari raya, maka pihak penganjur terutamanya para ahli jawatankuasa Konvensyen Pendakwah Muda Nasional menyeru para penggerak & pemikir utk lebih efektif dalam pengurusan masa masing2 utk menyelesaikan tugasan yg diberikan. Beberapa pendekatan berikut boleh digunakan :

1. Sentiasa peka dengan makluman yg dikeluarkan dari semasa ke semasa melalui iklan/makluman di bilik gerakan / blog ini.

2. Gunakan platform perbincangan googlegroups yg disediakan utk mendapatkan pandangan / idea bagi menyelesaikan tugasan masing2.

3. Aktifkan email masing2. Gunakan kemudahan teknologi yg ada utk mengelakkan pembaziran masa/fitnah di antara muslimin & muslimat utk kerap bertemu tanpa ada alasan yg kuat.

4. Mendapatkan no. contact bagi unit2 lain bagi mengelakkan pertembungan / pertindihan tugas. Kolaborasi/kerjasama di antara unit amat digalakkan.

5. Pastikan setiap kali perjumpaan, setiap unit dapat menghantar wakil utk menyediakan laporan perkembangan gerakerja semasa.

6. Memohon doa kepada Allah supaya memberkati masa yg kita ada supaya setiap kerja yg kita buat dapat dipermudah oleh Allah.

SALAM DAKWAH SPMM BUAT SEMUA.

0 comments: