Minda Perkasa

Blog ini menjadi platform khas mempertemu para pendakwah muda yang menjadi penganjur & peserta untuk konvensyen yang akan diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

" Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya. Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai tertarik padanya. Tetapi, hakikat perjuangan bukan begitu. Turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula. Andai terluka, ingatlah janjiNya. Salam Wehdah'09!"


Khas daripada:
Ahli Jawatankuasa Pelaksana & Urusetia,
Konvensyen Pendakwah Muda Nasional,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kalam Mahmudah Sahaja

Kami Taat Ayat-ayatmu Ya Allah

Kami mengikuti Sunnahmu Ya Rasulullah

Friday, November 27, 2009

Resolusi Wehdah'09

RESOLUSI WEHDAH’ 09

Konvensyen Pendakwah Muda Peringkat Kebangsaan 2009 (WEHDAH’09)


Anjuran Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia USIM (SPMM)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Dengan Kerjasama
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia


Tarikh : 25 November 2009 / 8 Zulhijjah 1430 H
Tempat : Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Tema : “Generasi Muda Menjana Transformasi Ummah”

i. SPMM berusaha untuk menjadi badan utama dan wadah dalam menyatukan generasi muda Islam untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan dalam meninggikan syiar Islam

ii. SPMM akan berusaha untuk menjadi qudwah kepada organisasi lain dan juga institusi pengajian tinggi dalam pengislahan masyarakat dan dakwah.

iii. Memberi penekanan terhadap tarbiyah Islamiah dan pembangunan sumber manusia dalam mempersiapkan diri mahasiswa bagi menjana transformasi ke arah tertegaknya syariat di Malaysia.

iv. Melebarkan jaringan SPMM ke seluruh Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia seterusnya menjalinkan kerjasama antara wakil SPMM dari seluruh kampus, kerajaan dan badan-badan NGO untuk memberikan gambaran dan maklumat sebenar berkaitan isu, cabaran dan realiti sebenar keadaan masyarakat serta hubungkait dengan keperluan untuk berdakwah terutama kepada golongan generasi muda.

v. Menjadikan SPMM sebagai badan utama untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dakwah di kampus di samping mengadakan hubungan baik terutamanya pihak pentadbiran universiti dan juga syarikat atau badan-badan agar cenderung untuk membantu usaha dan gerakan dakwah.

vi. Memperkasakan penggunaan teknologi terkini dalam apa jua cabang termoden termasuk penggunaan teknologi maklumat dalam perlaksanaan dakwah dan islah.

vii. Melaksanakan usaha melebarkan kefahaman berkaitan dakwah secara kontemporari dan diperluaskan terutama melalui media cetak dan media elektronik untuk menerapkan fikrah Islam di alam kampus

viii. Program-program berunsurkan Islam diwujudkan untuk mahasiswa dalam bidang profesional agar mahasiswa dalam bidang tersebut turut mahir dalam hal ehwal keagamaan begitu juga mahasiswa jurusan agama sepatutnya mendapat pendedahan dalam bidang profesional.

ix. Perlaksanaan dakwah oleh mahasiswa dalam menyahut seruan 1Malaysia bukan hanya tertumpu kepada orang islam sahaja, tetapi juga kepada golongan yang bukan islam tanpa mengira status dan agama.

Jika anda mahu dalam bentuk sof copy , klik sini

2 comments:

cahaya said...

masih terbayang2 lg saat saudara Daing bentangkan resolusi nih...

sedeynye....
rindu kat WEHDAH'09..

harap ketemuan di WEHDAH'10 lak..

salam ukhwah fillah semua...

Khazinatul_Asrar said...

InshaAllah cahaya :)